Sejak penularan covid-19 ini berlaku, tidak dinafikan semakin ramai yang kehilangan pekerjaan bahkan semakin ramai juga yangkekurangan pendapatan harian. Dengan itu, Persatuan Belia Miri/Marudi berinisiatif untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.Pada 13 dan14 Februari 2021 yang lalu,Persatuan Belia Miri/Marudi telah menerima 50 agihan bantuan berupa keperluan asas yg dianjurkan oleh Kuching Food Aid dengan kerjasama daripada Persatuan Belia Miri.
Dengan adanya bantuan yang diberikan ini, Persatuan Belia Miri/Marudi memulakan agihan bantuan fasa pertama kepada penduduk di beberapa buah kampung sekitar Marudi. Seramai 50 orang penerima secara keseluruhan yang terdiri daripada orang yang kurang berkemampuan dan golongan asnaf yang meliputi setiap kampung di Marudi iaitu Kampung Dagang , Kampung Narum , Kampung Baru , Kampung Cina , Kampung Pemindahan , Kampung Padang Kerbau , Golden Hill , Kampung Lubok Nibong dan Rh Adam Anak Ongie Sungai Nawang Gudang dan Rh Jimbau Anak ena Sungai Gudang.
Persatuan Belia Miri/Marudi amat prihatin dan peka dengan keadaan masyarakat sekeliling yang terjejas akibat Pandemik Covid 19 dan komited untuk terus membantu masyarakat Marudi yang memerlukan bagi menghadapi situasi semasa pandemik. Program ini juga sedikit sebanyak dapat menanamkan sikap bertanggungjawab dan sukarela dalam diri belia di dalam persatuan ketika membantu masyarakat. Dalam masa yang sama, bagi memupuk rasa syukur serta berbelas kasihan terhadap orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri. Semoga sikap ini dapat diteruskan dalam masa yang akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlibat.