Semakin hari Persatuan Belia Marudi semakin giat dalam melakukan aktiviti berfaedah serta bermanfaat bagi ramai orang dan penduduk di Marudi. Pada 17 April 2021, Persatuan Belia Marudi serta Jawatankuasa surau telah bertungkus lumus memulakan aktiviti ini dari jam 7:30 pagi sehingga 2:30 petang. Bermula dengan proses penyediaan bahan , memasak serta membungkus. Edaran bubur lumbuk ini bermula pada jam 3petang sehingga jam 6 petang secara pandu lalu(Drive Tru) bagi orang awam di Jalan Besar berhadapan dengan Surau Nur Ihsan dan dihantar terus kepada frontliner dan kepada penyumbang yang menyumbang bahan-bahan persiapan bagi menjayakan aktiviti ini. Ini juga mengambil kira keadaan semasa yang memerlukan penjarakan sosial di kalangan pengunjung. Sebanyak lebih kurang 400 agihan diberikan kepada orang awam dan juga frontliner. Persatuan Belia Marudi berharap agar dengan pengedaran bubur lambuk ini , mampu mengisi perut yang sedang kelaparan. Dalam masa yang sama, Persatuan Belia Marudi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang yang telah menyumbang dari segi bahan-bahan persiapan untuk memasak, bagi Jawatankuasa Surau yang sudi menyumbang tenaga untuk menyiapkan bubur lambuk ini serta terima kasih kepada orang awam kerana menyambut baik program ini. Sebagai makluman awal, pada 1 Mei 2021 kelak, pengedaran bubur lambuk sesi kedua akan dia adakan masjid, mohon jasa baik daripada penduduk Marudi untuk menerima baik juga program yang akan dijalankan ini lagi kelak.