176786895 141967004605620 943683188619734826 n 177399035 141966654605655 87354679851595473 n  

175787974 141967924605528 8276759471332347393 n 176463353 141968027938851 9207009602291647550 n

Pada 26 April 2021 yang lepas, Persatuan Belia Marudi sekali lagi dengan hati yang terbuka meneruskan agihan akhir bantuan makanan asas kepada golongan kurang berkemampuan di sekitar Marudi serta mengagihkan bantuan 400pcs tuala wanita ke dua buah sekolah menengah di Marudi iaitu SMK Marudi dan SMK Telang Usan. Dengan rasa syukur ini, Persatuan Belia Marudi telah menyempurnakan agihan akhir fasa 2 bantuan makanan asas kepada 11 orang penerima di sekitar kampung di Pekan Marudi. Bantuan makanan asas ini terdiri daripada beras, gula, telur, garam, bawang dan roti. Semoga dengan adanya bantuan ini, dapat membantu penerima secara serba sedikit sekali gus meringankan sedikit beban mereka. Dalam masa yang, Persatuan Belia Marudi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah atas kesudian menerima kedatangan wakil dari Persatuan Belia Marudi bagi menyampaikan tuala wanita tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Persatuan Belia Marudi atas usaha keras, tanggunjawab serta keprihatinan kalian terhadap masyarakat. Semoga tindak tanduk Persatuan Belia Marudi mengjadi inspirasi bagi belia-belia di luar sana.