Taman Tasik Marudi merupakan tempat yang tidak asing lagi bagi penduduk Marudi. Taman Tasik ini seringkali dikunjungi oleh ramai pengunjung terutama sekali pada waktu petang dan hujung minggu. Tidak lupa juga pada setiap dua tahun sekali, Taman Tasik ini turut menjadi tempat tarikan ramai orang terutama sekali para pelancong daripada luar kawasan Marudi. Tempat ini sangat sesuai serta menjadi satu lokasi yang strategi bagi penduduk untuk melakukan aktiviti riadah, rekreasi, bersenam dan sebagainya lagi. Sehubungan dengan itu, Taman Tasik ini turut menyediakan jambatan gantung, pondok dan banyak lagi kemudahan lain sebagai tempat beramah mesra untuk para pengunjung pada hujung minggu. Yang uniknya bersebelahan Taman Tasik ini juga terdapat Kubu Hose terletak di atas puncak bukit dengan keindahan lokasinya menjadi nadi kemajuan perpaduan pelbagai etnik. Kubu Hose ini dibina pada tahun 1883 dan hingga sekarang kekal sebagai satu legasi kerajaan Brooke di Baram dan masih berdiri megah sampai hari ini . Kubu Hose ini menyimpan sejarah yang sangat penting kerana di sinilah lahirnya lumba perahu yang dikenali sebagai Baram Regatta.