14 nj 

157193592 917870682294750 3022523314954450027 n 130256853 390253628973402 5702601896277075686 n front
Dewan Suarah Baram merupakan bangunan yang tidak asing lagi bagi penduduk Marudi. Bangunan ini telah dibina lebih 15 tahun bahkan ia masih lagi berdiri megah di Marudi. Dewan Suarah ini merupakan salah satu tempat bagi penduduk Marudi mahupun orang luar datang melakukan aktiviti besar-besaran ataupun mesyuarat. Di dalam bangunan ini terdapat beberapa bahagian yang boleh digunakan oleh orang awam. Misalnya dewan besar dimana kebanyakan orang akan melakukan majlis-majlis seperti Christmas Parade, Majlis Perkahwinan, Perayaan Tahun Baru Cina dan lain-lain lagi. Selain itu terdapat beberapa bahagian di mana boleh digunakan untuk mengadakan kursus, latihan mahupun mesyuarat. Sebelum tersebarnya covid, bangunan ini seringkali digunakan untuk melakukan aktiviti senaman seperti berzumba. Dalam masa yang sama, anda boleh melihat sebuah tasik yang dibina di kawasan belakang bangunan juga merupakan jalan keluar daripada Dewan Suarah. Ini bertujuan kerana Dewan Suarah juga menjadi tempat penginapan bagi mangsa banjir sekiranya berlaku di Baram. Bagi menambahkan suasana yang menarik untuk pengunjung, oleh itu tasik itu dibina dalam masa yang sama, sebuah kolah ikan juga turut dibina di hadapan bangunan tersebut. Oleh yang demikian, Dewan Suarah ini terdapat banyak kepentingannya. Kini, bangunan ini dibuka khas bagi penduduk untuk mendapatkan vaksinasi yang dijalan secara berperingkat oleh Kementerian Kesihatan.