Bukit TV merupakan salah satu tempat riadah yang terdapat di Marudi. Lokasi Bukit TV terletak di perkampungan orang Iban iaitu di Gudang. Jarak daripada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pekan Marudi ke kaki Bukit TV mengambil masa 20-30 minit dengan menggunakan kenderaan. Bukit TV terkenal dengan kecuramannya yang membuatkan golongan remaja masa kini meluangkan masa mereka dengan aktiviti mengembara atau mendaki di sini. Untuk tiba di puncak bukit tersebut, akan mengambil masa 50 minit sehingga sejam sekiranya tidak melakukan perhentian sepanjang pendakian. Bukan sahaja kerana aktiviti mengembara yang boleh dilakukan membuatkan Bukit TV menjadikan kawasan tarikan, namun kerana udaranya yang segar di pagi hari serta pemandangan yang menarik terutama sekali di puncak bukit membuatkan ramai pengunjung yang tertarik untuk berkunjung ke sini.