Linut
Linut atau lebih dikenali sebagai Ambuyat adalah sejenis makanan tradisional masyarakat kaum Melanau dan malah menjadi sajian utama selepas nasi. Suatu ketika dahulu, linut merupakan makanan yang menggantikan rugi kerana sukar untuk mendapatkan beras suatu ketika dahulu. Sehingga kini ia selalu menjadi santapan bersama lebih-lebih lagi apabila terdapat aktiviti keramaian kaum berkenaan dan apabila jiran datang bertandang ke rumah. Bahan utama bagi penyediaan Linut ini adalah tepung sagu. Jika dilihat secara kasar, penyediaannya terlihat mudah namun hakikatnya, linut ini perlu dimasakan dengan menggunakan suhu air yang betul bagi menghasilkan adunan melekit dengan betul dan sedia untuk dimakan. Bahan penyediaan linut hanya air dan tepung sagu sahaja, oleh itu rasa linut adalah tawar namun bergantung dengan hidangan sampingannya. Kebiasaannya hidangan sampingan yang dimakan bersama linut adalah sambal atau ulam-ulaman yang membuatkannya menjadi sebuah hidangan yang menyelerakan.