Mee Udang Galah seringkali menjadi tumpuan para pelancing yang datang ke Marudi. Bahkan seringkali diperhatikan juga sekiranya ada pegawai yang daripada luar kawasan Marudi pasti akan singgah untuk menikamati Mee Udang Galah. HK Restoran merupakan salah satu kedai yang diketahui menyediakan masakan tersebut. Semestinya mee tersebut bukan selalu boleh didapati, kerana sesuai dengan musim udang galah. Apabila tiba musim udang galah, anda boleh dapati ramai orang yang akan membuat tempahan awal Mee Udang Galah daripada kedai tersebut. Bukan sahaja dengan rasanya yang enak, namun kuantiti dan kualiti makanan tersebut juga sangat memuaskan. Dengan keunikan tersebut, Marudi dikenali dengan Mee Udang Galah di mata orang luar kawasan Marudi. Bagi yang berminat untuk mencuba hidangan tersebut, anda boleh mendapatkannya di HK Restoran.