Masa musim panas begini sangat sesuai bila menyejukkan tekak dengan Teh Ais Mudik. Sekiranya ada yang tertanya-tanya apa itu Mudik? Baiklah Mudik adalah berasal daripada perkataan Marudi yang di bawa apabila disebut di dalam Bahasa Melayu Sarawak ianya disebut Mudik. Teh ais merupakan minuman yang tidak asing lagi bagi rata-rata masyarakat di Malaysia. Namun, apa yang membuatkan Teh Ais Mudik ini menjadi tarikan adalah ianya mempunyai kelainannya tersendiri. Misalnya, tergantung kepada permintaan pelanggan, teh ais tersebut boleh diminum bersama cincau. Dalam masa yang sama, teh ais tersebut disediakan secara fresh dan teh ais tersebut memiliki rasa yang sangat berlainan daripada teh ais yang lain. Oleh itu, Teh Ais Mudik ini menjadi tarikan ramai baik orang tempatan mahupun pelancong yang datang berkunjung ke Marudi. Sekiranya anda berminat untuk mencuba Teh Ais Mudik, anda boleh mendapatkannya di bazaar di belakang Chop Lee Hong Co.