Bubur Claypot Marudi menjadi tumpuan ramai orang kerana hanya terdapat sebuah gerai sahaja yang menjalankan perniagaan ini di Marudi. Menu ini sangat sederhana dan enak dimakan semasa masih panas. Kepanasan bubur ini boleh bertahan panas dalam tempoh 10minit sehingga 15 minit dalam keadaan terdedah sekalipun. Dalam masa yang sama, resipi bubur claypot ini adalah resipi secara turun temurun namun, bahan-bahan asa yang digunakan adalah daging cincang, telur ayam, telur padi, telur masin, bawang merah goreng, daun bawang, serbuk lada sedikit garam dan sedikit secukup rasa. Apabila bubur tersebut telah masak mendidih, aromanya membuatkan ramai yang terliur dan ingin memakannya lagi. Sebelum terjadinya covid19 ini, boleh didapati ramai pelancong yang datang berkunjung ke Marudi untuk menikmati Bubur Claypot Marudi ini. Bahkan tidak sedikit juga yang membungkus untuk dibawa balik ke hotel mahupun tempat mereka masing-masing.