Kuih bom merupakan satu kuih yang senang untuk didapati. Namun, di Marudi anda boleh mendapatkan kuih bom yang berinti daging. Kelihatannya sangat ringkas dan mudah. Namun, dari proses menguli sahaja juga sudah sangat susah kerana tepung yang diuli bersama iaitu tepung pulut, tepung beras dan kelapa parut harus diuli dengan jumlah air yang tepat bagi memudahkan proses membulatkan kuih tersebut. Dalam masa yang sama, sekiranya tepung yang diuli adalah tidak betul, maka semasa proses memasukan inti, tepung tersebut akan mudah pecah atau berlubang. Semasa proses menggoreng pula, haruslah digoreng dengan api yang kecil bagi mengelakkan kuih tersebut daripada meletup. Oleh itu kuih tersebut disebut sebagai Kuih Bom.