Beberapa tahun yang lalu aiskrim Marudi menjadi bahan cerita penduduk di Marudi. Siapa sangka kan yang Marudi akan ada aiskrim sendiri. Namun kini, Marudi boleh membuktikan bahawa Marudi juga boleh mencipta produk sendiri. Aiskrim tersebut didatangi dengan beberapa jenis perisa iaitu perisa pandan, coklat,vanila dan stroberi. Bukan sahaja orang Marudi sendiri yang terpukau dengan keenakan rasa aiskrim ini, namu setiap pengunjung yang berkunjung ke Marudi sememangnya akanmencuba aiskrim Marudi ini. Selain itu, terdapat juga kedai yang menyediakan airkrim Marudi untuk disajikan bersama cendol dan ini membuatkan menu ini sangat menarik lebih-lebih kalau dinikmati pada cuaca panas. Selain itu, Aiskrim Marudi ini mendapat sambutan hangat bukan sahaja di Marudi, namun juga di luar kawasan Marudi seperti di Miri. Dalam masa yang sama, produk tempatan Marudi dapat dikembangkan dan semakin dikenali ramai dan membawa imej yang sangat baik kepada Marudi.