Tarikh       :  2 Mac 2021

Masa         :  9.30 Pagi - 10.30 Pagi

Tempat     :  Pedi Pekan Marudi

Peserta     : 1 Peserta

TUJUAN:

Menyediakan surat pemberitahuan kerja

Mencetak surat yang telah disediakan

 

AKTIVITI:

 

Alice Anak Anom merupakan penduduk Linai juga merupakan ahli Pedi sejak Januari 2021 yang lalu. Hari ini, beliau datang ke Pedi adalah atas tujuan untuk menyediakan surat pemberitahuan lapor diri untuk bekerja di Miri iaitu Union Car and Accessories. Kerana keadaan yang tidak mengizinkan untuk merentas kawasan, maka beliau perlu mencetak surat tersebut untuk mendapatkan permit pelepasan merentas kawasan daripada pihak polis dan surat tersebut membuktikan beliau pergi ke Miri atas tujuan bekerja. Kini, beliau telah pun berjaya menyediakan surat yang diperlukan . Beliau berasa gembira dan puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan serta kemudahan yang disediakan. Beliau Berjaya mencetak surat yang telah disiapkan.

Gambar di sini