Tuan Residen Baram yang pertama bernama Claude Champion de Crespigny untuk menguatkuasakan undang-undang dan menjaga ketenteraman pentadbiran Rajah Brooke di Baram. Beliau membina pejabat di atas bukit di tebing Sungai Baram. Tidak lama selepas itu, tempat ini berkembang menjadi penempatan kecil pedagang Cina dan penduduk tempatan. Tempat ini dinamakan Claudetown sebagai penghormatan terhadap beliau. Sejajar dengan tradisi di Baram, Claudetown kemudiannya ditukar nama menjadi Marudi mengambil sempena dengan nama anak sungai yang mengalir merentas pekan tersebut.

 

Pada tahun 1888, semasa mengambil alih tugas Residen terdahulu, Dr. Charles Hose telah bercadang untuk mewujudkan suasana muhibah dan membawa persefahaman antara puak yang bertelingkah. Pada tahun 1889 satu Persidangan Besar Perdamaian telah berlangsung dengan jayanya. Ini disambut secara besar-besaran dengan pesta ria dan perlumbaan perahu panjang. Dari itu, lahirlah perayaan Regata Pertama Baram yang termashyur sehingga kini.

 

Dengan keamanan berjaya dipulihkan, Residen dapat menguruskan kerja cari gali minyak di sekitar Marudi dan kemudiannya di sekitar kampung nelayan di kawasan Muara Sungai Miri berhampiran pantai. Beliau telah meyakinkan Rajah, yang kemudiannya menandatangani perjanjian pemberian hak kepada pihak Anglo-Saxon Petroleum Company dari London untuk membuat perdagangan secara komersial bagi cari gali minyak di Miri. Cari gali bermula pada 10 Ogos 1910 di atas bukit di belakang kampung Miri dan pada 22 Disember 1910 minyak ditemui. Dengan kejayaan ini, bermulalah sejarah Shell dan industri petroleum di Sarawak dan kemudian dengan Petronas pada tahun 1978.

 

 

 

Fakta & Sejarah Ringkas Daerah Marudi @ Pekan Claude, 1882.

 

Tarikh

Peristiwa

19 Jun 1882

Penubuhan Daerah Baram (Marudi)

 

Mr. Claude de Crespingy sebagai Tuan Residen pertama di Baram

17 Jul 1882

Sederetan bangunan kedai kayu yang pertama dibina di Marudi

19 Jul 1882

Majlis perletakan batu asas di bukit (Kubu Hose)

1901

Bangunan Kubu Hose siap dibina (mula dibina pada 1898)

12 Dis 1912

Pusat Pentadbiran di Baram (Marudi) berpindah ke Miri

1991

Nama "Daerah Baram" digantikan dengan nama "Daerah Marudi"

1993

Pejabat Daerah Marudi berpindah ke bangunan baru (kini) dari bangunan Kubu Hose

1994

Kubu Hose terbakar

1998

Bangunan baru Kubu Hose siap dibina semula, Hari ini, Kubu Hose berperanan sebagai "Muzium Baram".  Ogos 2008 "Sape Gergasi Malaysia Book of Record" disemadikan di Muzium Baram