Tarikh   : 1 Oktober 2022

Masa    : 11:30AM - 12:30PM

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Marudi

 

Tujuan : 

Petugas PEDi Pekan Marudi memberi tunjuk ajar dan bimbingan tentang cara pendaftaran kemasukan ke UiTM Kota Samarahan dan memuat turun Surat Perjanjian Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak.

Latar Belakang : 

 

Anessa Rawa Anak Sait merupakan seorang lepasan SPM 2021 dari SMK Marudi. Dia telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UiTM Kota Samarahan dan berjaya mendapat tawaran Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak. Oleh yang demikian, dia telah hadir ke PEDi Pekan Marudi bagi meminta bantuan petugas PEDi Pekan Marudi untuk memberi tunjuk ajar berkenaan urusan tersebut.

 

Kebaikan :

  1. Anessa Rawa berjaya mendaftar sebagai mahasiswi UiTM Kampus Samarahan di portal pelajar UiTM.
  2. Anessa Rawa berjaya memuat turun dokumen surat perjanjian Biasiswa Pinjaman Kerajaan Nageri Sarawak di laman portal e-scholarshipsarawak.
  3. Anessa Rawa berjaya belajar ilmu asas penggunaan komputer dalam mendaftar dan memuat turun dokumen beliau.
  4. Anessa Rawa berterima kasih kepada Petugas PEDi Pekan Marudi kerana membantu dan membimbing dia dalam kedua urusannya.

 

Klik disini untuk foto