Bagaimana untuk ke Marudi:
Dari Miri, Sarawak ada tiga cara untuk ke pekan ini:
- Pertama dengan menggunakan pengangkutan udara (MasWing)
- Melalui Batang (Sungai) Baram dengan menggunakan bot ekspress.Batang Baram, adalah laluan utama ke kawasan Ulu Baram. Setiap hari beberapa bot ekspres mengadakan perjalanan dari jeti Kuala Baram (20 km dari pusat bandar Miri) ke pekan Marudi. Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah dengan tambang RM20 sehala. Destinasi terakhir bot ini ialah di kawasan Ulu Baram, iaitu pekan Long Lama.
- Pengangkutan darat (melalui jalan pembalakkan melalui ladang kelapa sawit) dari Miri. Perjalanan ini akan mengambil masa hampir 2 jam dalam perjalanan balik ke Miri menggunakan Toyota Landcruiser Ninja, Hilux (semua kenderaan 4Wd). Meredah jalan balak tersebut terpaksa melalui sebuah sungai dengan menggunakan 1 feri iaitu di Batang Baram. Sebuah jambatan di Sungai Arang telah dibina unutk memudahkan perjalanan kerana sebelum jambatan dibina, sebuah feri digunakan untuk menyeberangi sungai tersebut. Jalan yang teruk kadang-kadang melalui lereng bukit menyebabkan pengguna jalan melambung-lambung sehingga kepala mencecah bumbung kenderaan. Tambang sebanyak RM40 dikenakan bagi perjalanan satu hala Marudi – Miri. Perkhidmatan transport ini boleh didapati di setiap penjuru jalan di pekan Marudi dan juga di lobi-lobi hotel. Lihat papan tanda yang dipamerkan termasuk destinasi dan waktu bertolak.
Bot Express
Jalan Darat
Pengangkutan Udara (MasWing)