Program latihan keusahawanan 

 

 Program latihan ataupun bengkel keusahawanan sering di anjurkan oleh badan-badan kerajaan maupun swasta.Ia amatlah penting untuk masyrakat di daerah marudi khususnya.Di samping itu ia dapat melahirkan keusahawanan yang berjaya di dalam pelbagai aspek.Itu merupakan keutamaan yang di inginkan agar dapat memberi keselesaan untuk memulakan sesuatu yang baru.

Seramai 37 peserta kursus yang terdiri daripada Ahli Pesekutuan Perkumpulan Wanita (PPWS) Marudi menyertai Bengkel Keusahawanan anjuran Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Dewan Suarah Marudi yang diadakan pada hari Sabtu 28.9.2013 dan Ahad 29.9.2013 yang mana bengkel berkenaan memberi faedah kepada para usahawan untuk mengetahui amalan-amalan terbaik untuk mereka menguruskan produktiviti dan kualiti perniagaan usahawan ke arah meningkatkan daya saing serta keuntungan. Memberi peluang kepada para usahawan untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi serta daya saing dan kualiti syarikat iaitu dari segi pengurusan yang baik, mencari peluang yang lebih besar dan dapat mengembangkan perniagaan ke pasaran luar. 

Dalam pada itu, tiga topik diutarakan berhubung begkel berkenaan antara lain ialah Strategi Pemasaran Inovasi Dalam Meningkatkan Perniagaan, Perhubungan Mesra Pelanggan dan Komunikasi Kreatif Yang Efektif di mana penceramah bagi ketiga-tiga topik tersebut disampaikan oleh Encik Campbell Apau. Pada hari kedua pula Demontrasi Bakeri dan Pastri oleh Puan Ponisah Idris dari Syarikat Usaha Bakti, Marudi.