Tamu – Agen Perpaduan Masyarakat

Di Kampung halamanku ini terdapat sebuah pasar terbuka yang sering di kenali sebagai Tamu atua “Market” oleh para penduduk di Pekan Marudi. Bangunan yang bertingkat dua ini telah lama didirikan tetapi masih teguh dan tetap dikunjungi oleh masyarakat setempat serta para pendatang asing dari semasa dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada tingkat bawah Tamu para pengunjung akan berhadapan dengan heterogen gerai kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran yang diusahakan oleh variasi kaum.  Di tingkat atas pula merupakan lokasi gerai makanan di tempatkan

  

Antara hidangan yang dijual di sini ialah mi kolo, mi goring, roti canai, kuey tiao goring dan banyak lagi.

Jelaslah bahawa Tamu ini merupakan salah sattu sumber pendapatan bagi para pengusaha gerai di Pekan Marudi. Namun begitu, seecara tidak langsung nya Tamu telah berfungsi sebagai satu platform yang Berjaya merapatkan hubungan silaturahim antara etnik yang pelbagai di Pekan Marudi ini.  Sifat diskriminasi terhadap mana-mana kaum dapat dikikis secara keseluruhannya dan hal ini bukan sahaja menujudkan perpaduan tetapi juga suasana yang harmoni antara masyarakat setempat di Pekan Marudi.  Inilah Tamu, agen perpaduan.