I-Health Day yang dianjurkan oleh PIK Pekan Marudi dengan kerjasama daripada pihak Hospital Marudi bertujuan untuk memberikan pemeriksaan secara percuma kepada masyarakat pekan marudi dan mengeratkan silaturahim diantara masyarakat, petugas pik dan pihak hospital. Program kemasyarakatan begini begitu disenangi oleh masyrakat pekan marudi kerana mereka boleh mendapatkan pemeriksaan percuma dan menjimatkan masa tanpa perlu ke hospital. Pada hari tersebut, pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan internet juga tidak dikenakan sebarang bayaran dan boleh digunakan secara percuma. Makanan dan minuman juga diberikan kepada masyrakat yang hadir kerana telah membantu memeriahkan program ini. Jutaan terima kasih dari kami PIK Pekan Marudi kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program I-Health ini.

 

                                    

Pengurus PIK Pekan Marudi bergambar kenang-kenangan bersama jururawat yang terlibat didalam program I-Health.

 

      

   

      

 

 

             

 

  

Senyuman kepuasan ahli PIK yang gembira menggunakan internet percuma memberikan pose "peace".