156598797 2861944844079750 1897189507369686166 n 156778322 2861944694079765 3902727520793426771 n 157752368 2861944760746425 8466024012514352650 n

Pekan Marudi yang pernah dikenali sebagai ‘pekan koboi’ kerana jarang dikunjungi orang luar disebabkan kesukaran untuk pergi ke situ sama ada melalui jalan darat mahupun jalan air, pasti akan berubah wajah dalam tempoh beberapa tahun lagi dan penduduknya sudah bersiap sedia menunggu detik tersebut. Pada tahun 2019 diumumkan mengenai Jambatan yang akan dibina di Marudi. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana kemajuan jambatan tersebut hari ini. Sehingga hari ini, projek pembinaan Jambatan Marudi masih lagi giat dijalankan. Menurut apa yang dijelaskan sebelum ini, jambatan tersebut akan menjadi 2 hala di mana kereta tidak perlu menunggu antara satu dengan yang lain bagi melintasi jambatan tersebut. Dalam masa yang sama, ini boleh mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya sekali gus menyingkatkan masa memandu. Seiring dengan berkembangnya pasaran pada masa kini, rakyat Marudi juga tidak mahu ketinggalan daripada mendapat keistimewaan meraih kemajuan di Marudi. Dengan adanya pembinaa jambatan yang ditunggu-tunggu ini pasti akan membuka peluang kepada orang ramai untuk meningkatkan taraf hidup kerana kemudahan juga turut disediakan .