Perayaan Hari Gawai selalunya disambut dengan sangat meriah setiap tahun. Di mana rumah panjang sememangnya akan menjadi sangat meriah dengan bunyi mercun pada malam ambang gawai serta banyak aktiviti yang dilakukan sepertia kunjung mengunjung, sukaneka persaudaraan dan sebagainya. Selain itu, boleh dilihat ramai orang yang akan datang ke Pekan Marudi untuk membeli bahan-bahan untuk persiapan sambutan gawai seperti membeli kek lapis, biskut, minuman dan sebagainya. Namun sangat berbeza dengan tahun ini, dimana perayaan hanya boleh disambut antara keluarga sahaja. Oleh yang demikian, kali ini ramai yang membuat tempah awal daripada peniaga-peniaga yang membuat servis jualan kek lapis bagi tetap mematuhi SOP serta mengurangkan kontak di luar. Dalam masa yang sama, komuniti Sarakup Indu Dayak Pampang Marudi juga tidak melepaskan peluang untuk tetap menjalankan pertandingan Pekit Ngepan Indu Iban 2021 secara atas talian melalui platform media sosial lama facebook.Walaupun demikian, Perayaan Hari Gawai masih boleh disambut walaupun secara kecil-kecilan dan SOP yang perlu diutamakan demi keselamatan bersama.