Sudah semestinya berita ini merupakan berita yang mengejutkan bagi penduduk Marudi di mana status Pekan Marudi baru sahaja bertukar kepada zon hijau namun kini dikejutkan dengan kenaikan jangkitan tempatan yang melebihi 40 kes jangkitan dalam tempoh 14 hari membuatkan Marudi bertukar ke status Merah. Kini, pergerakan di Pekan Marudi semakin diperketatkan di mana hampir semua kedai ditutup kecuali pembekal barang keperluan harian. Di mohon agar penduduk Marudi menjalankan lockdown kendiri demi keselamatan bersama. Kita jaga kita.