Kraftangan merupakan produk yang cukup terkenal, lebih-lebih lagi dalam kalangan orang ulu. Khususnya di Sarawak, anda boleh menemui masyarakat yang hidup secara berbilang bangsa, suku, kaum dan agama. Oleh yang demikian kraftangan ini tidak asing lagi di Sarawak lebih-lebih lagi di Marudi sendiri. Kraftangan adalah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringan sahaja Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjkan secara individu dan kecil-kecilan. Hasil pertukangan selalaunya membawa imej kebudayaan dan adat sesuatu kaum. Rotan adalah bahan utama untuk membuat bakul rotan. Terdapat pelbagai jenis rotan yang boleh digunakan, antaranya rotan isi atau rotan pulor, rotan kulir dan rotan ikat tanpa kulit. Bilah-bilah rotan diwarnakan mengikut corak yang dikehendaki dan jalinan warna yang digabungkan akan menghasilkan bentuk bakul yang menarik. Tempoh pembuatan bakul ini mengambil masa dalam seminggu paling kurang bagi menyiapkan sebuah bakul namun tergantung kepada rekaan bakul tersebut. Oleh itu, kerja-kerja pembuatan kraftangan ini, lebih-lebih lagi yang melibatkan rekaan yang susah memakan masa dan tenaga yang banyak bagi individu yang membuat kraftangan ini. Hargailah hasil karya kraftangan tradisional kita.