ERT   nikmatnya-kerupuk-ikan-belida-laris-sampai-ke-mesir-lho-VkhtdKyWXz

 

Setiap musim ikan, Marudi tidak akan terkecuali dan pastinya Pekan Marudi akan dibanjiri pelbagai jenis ikan, lebih-lebih lagi ikan belida. Tidak dinafikan sama sekali bahawa ikan belida ini sangat jarang dijual di Marudi kerana mengikut musim. Tambahan lagi, sekiranya musim ikan belida tiba, ramai penduduk Marudi akan berkumpul di tempat perhentian ekspress untuk membeli ikan tersebut. Ikan tersebut adalah sangat dikenali dengan dijadikan sebagai kerupuk ikan belida. Apabila dicicah dengan cili sos dan buatan sendiri, pasti akan meningkatkan selera makan anda. Dalam masa yang sama, ikan belinda ini berasa sangat sedap sekiranya anda memasaknya dengan halia, sedikit kicap dan sedikit cili. Di Marudi, HK Restaurant dikenali dengan cara masakan ikan belida yang sedap serta menaikan selera makan seseorang. Sekiranya anda berkunjung ke Marudi dan mempunyai kesempatan untuk merasa ikan belida, boleh ke HK Restaurant untuk mencuba.