USAHAWAN BAKERY

Nama : Nur Fahana binti Khalid
Umur : 23 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Cik Fahana merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan bakeri milik keluarganya iaitu Bakti Bakery Cake House. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Cik Fahana merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan bakeri milik keluarganya di Pekan Marudi. Beliau melakukan promosi dan jualan secara tradisional. Beliau juga kurang pengetahuan dan kemahiran mengenai cara dan platform yang sesuai untuk mempromosikan produk perniagaannya. Pelanggan hanya terhad kepada penduduk sekitar Pekan Marudi sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Melalui bengkel keusahawanan yang dibimbing oleh petugas PIK Pekan Marudi, Cik Fahana kini boleh mempromosikan perniagaannya di media sosial seperti Facebook. Selain itu, beliau juga mempelajari fungsi aplikasi Dashboard Komuniti MyShop untuk mempromosi perniagaannya. Dengan adanya platform sebegini, ramai yang menempah/ membeli produk perniagaan bakeri beliau dan secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatannya.

 

VID20180419111519 Moment1