USAHAWAN KECIL BARANGAN KEPERLUAN (KASUT, AKSESORI & DSB)

Nama : Vanida aanak Galang
Umur : 18 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Cik Vanida merupakan seorang pelajar Tingkatan 6 dan telah menjadi ahli Pedi Pekan Marudi sejak tahun 2016 lagi. Beliau mula menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan sampingannya. Beliau berkunjung ke Pedi untuk menggunakan kemudahan internet bagi tujuan mempromosi perniagaannya dan menyertai bengkel serta kelas yang dianjurkan oleh pihak Pedi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Cik Vanida melakukan promosi dan jualan secara tradisional. Beliau juga kurang pengetahuan dan kemahiran mengenai cara dan platform yang sesuai untuk mempromosi perniagaannya. Pelanggan hanaya terhad kepada penduduk sekitar Pekan Marudi sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Melalui bengkel keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pedi Pekan Marudi, Cik Vanida kini boleh mempromosikan perniagaannya di media sosial seperti Facebook. Selain itu, beliau juga mempelajari fungsi aplikasi Dashboard Komuniti MyShop untuk mempromosi perniagaannya. Dengan adanya platform sebegini, ramai yang menempah/ membeli produk perniagaan bakeri beliau dan secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatannya.

IMG20180824111810