IMG-20181122-WA0007

USAHAWAN KECIL HOMEMADE RIS COOKIES

Nama : Pn Suhana binti Hj Izhar
Umur : 37 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Pn Suhana merupakan seorang penjawat awam yang mengusahakan perniagaan homemade RIS Cookies secara kecil - kecilan. Beliau berkunjung ke Pedi Pekan Marudi untuk melayari internet bagi tujuan mempromosi perniagaannya dan menyertai bengkel serta kelas yang diadakan di Pedi. Beliau mula menceburi bidang perniagaan homemade cookies ini kerana minatnya yang mendalam dalam bidang masakan dan kuih muih di samping menambah pendapatan sampingannya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Melakukan promosi dan jualan secara tradisional. Kurang pengetahuan dan kemahiran mengenai cara dan platform yang sesuai untuk mempromosi perniagaannya. Pelanggan hanaya terhad kepada penduduk sekitar Pekan Marudi sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Melalui bengkel keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pedi Pekan Marudi, Pn Suhana kini boleh mempromosikan perniagaannya di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Dengan adanya platform sebegini, ramai yang menempah/ membeli produk perniagaan  beliau dan secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatannya.