IMG-20181128-WA0002

USAHAWAN KECIL KEK LAPIS

Nama : Pn Nur Ain binti Sahar
Umur : 32 tahun
Ahli : 2013

 

Latar belakang

Pn Nur Ain merupakan seorang suri rumah yang mengusahakan perniagaan kek lapis secara kecil - kecilan. Beliau berkunjung ke Pedi Pekan Marudi untuk melayari internet bagi tujuan mempromosi perniagaannya dan menyertai bengkel serta kelas yang diadakan di Pedi. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Melakukan promosi dan jualan secara tradisional. Kurang pengetahuan dan kemahiran mengenai cara dan platform yang sesuai untuk mempromosi perniagaannya. Pelanggan hanaya terhad kepada penduduk sekitar Pekan Marudi sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Melalui bengkel keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pedi Pekan Marudi, Pn Nur Ain kini boleh mempromosikan perniagaannya di media sosial seperti Facebook. Selain itu, beliau juga mempromosikan produk perniagaannya di aplikasi Dashboard Komuniti My Shop. Dengan adanya platform sebegini, ramai yang menempah/ membeli produk perniagaan  beliau dan secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatannya.