Belajar menggunakan Microsoft word
Nama |
: Alice Anak Anom |
Umur |
: 26 tahun |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Alice Anak Anom merupakan penduduk Linei dan telah berdaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(Pedi) sejak 3 Oktober 2019. Tujuan beliau mengunjungi Pedi pada hari ini adalah untuk menyediakan surat rujukan lapor diri bekerja di Miri. Namun kerana beliau tidak mempunyai ilmu penggunaan Microsoft word, beliau meminta bantuan daripada pegawai Pedi yang bertugas untuk membimbing beliau menyiapkan surat tersebut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi
Sebelum Alice dibimbing untuk menggunakan Microsoft word, beliau hanya mempunyai pengetahuan yang sangat asas sahaja mengenai Microsoft word. Misalnya, menaip, mengubah font dan size tulisan sahaja. Bahkan beliau juga tidak mempunyai pengalaman untuk mencetak . Di Pedi, pegawai yang bertugas membimbing beliau selangkah demi selangkah bagi memudahkan beliau untuk memahami apa yang diajar oleh pegawai.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi
Setelah dibimbing serta diberi penerangan ringkas oleh pegawai Pedi yang bertugas, kini beliau mempunyai ilmu tambahan mengenai asas penggunaan mircosoft word. Beliau berjaya menyediakan surat beliau dengan hasil yang kemas ,tersusun dan jelas serta membuat cetakan surat tersebut sendiri. Beliau sangat gembira dan berpuas hati dengan perkembangan pengetahuan yang beliau terima.