FB IMG 1618016355604-min

 

Nama

:Aren Lah

Umur

: 58 tahun

Ahli

: 2021

Latar belakang

Puan Aren Lah merupakan seorang ibu rumah tangga yang sejak awal kariernya lagi, beliau telah membuat kraftangan yang pelbagai secara kecil-kecilan. Awalnya, beliau hanya membuat kraftangan kerana kebiasaannya melihat ibu beliau membuat kraftangan untuk dijadikan hiasan di rumah serta jualan dan turut dijadikan sebagai hobi terutama sekali pada masa lapangnya. Sudah lebih daripada 10 tahun beliau mengusahakan perniagaan ini dan semakin hari semakin berkembang sehingga sampai tahap beliau tidak mampu untuk melakukannya sendirian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Puan Aren Lah pada dasarnya tidak mengenali ICT serta kemampuannya. Beliau hanya bergantung kepada penjualan secara bersemuka. Beliau berjual produknya di pasar pagi, semasa regatta atau di mana-mana lokasi yang melancarkan program terutama sekali yang melibatkan kraftangan. Namun kerana keadaan semasa yang tidak mengizinkan, beliau mengambil peluang ini untuk belajar asas penggunaan ICT, terutama sekali medium sosial media yang ada.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Kini, beliau berasa puas hati kerana diberi peluang unuk mendalami ilmu ICT, terutama sekali penggunaan facebook. Beliau giat menggunaakan facebook sebagai salah satu pelantar perniagaan beliau terus berkembang. Sejak mempunyai akaun facebook serta kemudahannya, beliau boleh mendapatkan pelanggan baru dan serta mendapat sambutan ramai. Oleh itu, beliau kini dapat meneruskan perniagaan beliau dengan lebih efesien dan efektif, serta mengjimatkan masa untuk mencari pelanggan bahkan pelanggan yang sedia ada juga turut giat membeli daripada beliau .