Smartpin

Nama

: Sharifah Nur Asyilah binti Wan Omar

Umur

: 24 tahun

Ahli

: 2021

Latar belakang

Smartpin telah beroperasi sejak 2020 lagi. Sharifah Nur Asyilah binti Wan Omar adalah seorang pelajar dan merupakan ahli Pedi Pekan Marudi pada 17 Ogos 2021. Di samping itu, beliau menjual pakaian wanita, tudung, seluar dan sebagainya untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan tambahan dan juga menghabiskan masa lapang. Beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di Pekan Marudi sahaja.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum penggunaan ICT, sarong dijual kepada pelanggan yang melanggan keluarga, rakan dan beberapa kenalan yang membelinya. Perniagaannya tidak meluas dari awal perniagaan sehingga dia menyedari bahawa kelebihan ICT adalah statik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Selepas menggunakan ICT dan melalui bengkel keusahawaan yang dibimbing oleh petugas dari Pedi Pekan Marudi, beliau sekarang telah memiliki akaun Instagram sendiri yang dapat mempromosikan product beliau iaitu sarong baju dan sebagainya. Terdapat ramai pelanggan dari tempat lain untuk membeli produk daripadanya, yang secara tidak langsung telah membantu beliau meningkatkan pendapatannya.