chiey

Nama

: Cecilia Ngang

Umur

: 37 tahun

Ahli

: 2021


Latar belakang

Chiey telah beroperasi sejak bulan Julai 2020 lagi. Cecilia Ngang adalah seorang suri rumah dan merupakan ahli Pedi Pekan Marudi pada 04 Julai 2021. Di samping itu, beliau menjual skincare produk dan sebagainya untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan tambahan dan juga menghabiskan masa lapang. Beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di Pekan Marudi sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum penggunaan ICT, skincare produk dijual kepada pelanggan yang melanggan keluarga, rakan-rakan zumba dan beberapa kenalan yang membelinya. Perniagaannya tidak meluas dari awal perniagaan sehingga dia menyedari bahawa kelebihan ICT adalah statik.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Selepas menggunakan ICT dan melalui bengkel keusahawaan yang dibimbing oleh petugas dari Pedi Pekan Marudi, beliau sekarang telah memiliki akaun Facebook sendiri yang dapat mempromosikan product beliau iaitu skincare produk dan sebagainya. Terdapat ramai pelanggan dari tempat lain untuk membeli produk daripadanya, yang secara tidak langsung telah membantu beliau meningkatkan pendapatannya.