271524509 260615849430054 6541549136974054947 n

Nama

: Maltha Anak Baja

Umur

: 33 tahun

Ahli

: 2022

 

Latar belakang

Maltha telah beroperasi sejak bulan Jan 2020 lagi. Maltha Anak Baja adalah seorang suri rumah dan merupakan ahli Pedi Pekan Marudi pada tahun 2022. Di samping itu, beliau menjual Sulam Dero untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan tambahan dan juga menghabiskan masa lapang. Beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di Pekan Marudi sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum penggunaan ICT, sulam dero dijual kepada pelanggan yang melanggan keluarga, rakan-rakan dan beberapa kenalan yang membelinya. Perniagaannya tidak meluas dari awal perniagaan sehingga dia menyedari bahawa kelebihan ICT adalah statik.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Selepas menggunakan ICT dan melalui bengkel keusahawaan yang dibimbing oleh petugas dari Pedi Pekan Marudi, beliau sekarang telah memiliki akaun Facebook sendiri yang dapat mempromosikan product beliau iaitu sulam dero onlinenya. Terdapat ramai pelanggan dari tempat lain untuk membeli sulam dero daripadanya, yang secara tidak langsung telah membantu beliau meningkatkan pendapatannya.