271904449 441026391088668 9036396473266305915 n

Nama

: Rose Anak Galayan

Umur

: 48 tahun

Ahli

: 2022

 

 

 Latar belakang

 Rose telah beroperasi sejak bulan julai 2021 lagi. Rose Anak Galayan adalah seorang Kerani di ladang Sastat Holding Sdn Bhd dan merupakan ahli Pedi Pekan Marudi pada januari 2022. Di samping itu, beliau membuat inisiatif menjadi dropship menjual Baja So Ferlilizer untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan juga menghabiskan masa lapang. Beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di Pekan Marudi sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

 Sebelum penggunaan ICT, Baja So Ferlilizer dijual kepada pelanggan yang melanggan keluarga, rakan-rakan dan beberapa kenalan yang membelinya. Perniagaannya tidak meluas dari awal perniagaan sehingga dia menyedari bahawa kelebihan ICT adalah statik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

 Selepas menggunakan ICT dan melalui bengkel keusahawaan yang dibimbing oleh petugas dari Pedi Pekan Marudi, beliau sekarang telah mencuba beroperasi di Facebook sendiri yang dapat mempromosikan baja tersebut. Terdapat ramai pelanggan dari tempat lain untuk membeli produk daripadanya, yang secara tidak langsung telah membantu beliau meningkatkan pendapatannya.