272900573 470927467824907 5828871126038078952 n259915796 464123938478313 4366547297977497089 n

Nama

: Nyamong Anak Rebi

Umur

: 34 tahun

Ahli

: 2022

Latar belakang

Peruncit rumah panjang telah beroperasi sejak 2020 lagi. Pemiliki perniagaan kecil ini ialah Nyamong Anak Rebi yang juga merupakan ahli Pedi Pekan Marudi 2022.Beliau bekerja di ladang sawit. Beliau memulakan perniagaan ini atas dasar ingin menyara keluarga serta dijadikan sebagai hobi bagi mengisi masa lapang. Beliau hanya mejalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di marudi dan kampung sahaja. Pada awalnya beliau tidak menyangka bahwa perniagaan beliau mendapat sambutan ramai. Namun, bagi beliau pendapatan yang beliau perolehi bagi menampung kehidupan keluarga pada masa kini tidak mencukupi.Di rumah beliau menyuruh ayahnya yang menjaga kedai runcit bagi menstabilkan antara kerja dan perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum penggunaan ICT, pendapatan beliau secara rawak adalah RM300 sebulan. Sekiranya nilai mata wang adalah seperti dahulu, pendapatan beliau dapat menampung sebahagian besar keperluan keluarga. Namun bagi masa kini, lebih-lebih lagi musim pandemik ini pendapatan yang benilai itu tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga. Pelanggan yang melanggan hanya daripada golongan keluarga, rakan- rakan dan beberapa kenalan terdekat sahaja. Perniagaan beliau tidak meluas namun hanya static dari awal perniagaan sehingga beliau mengenali kelebihan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Kini, hari demi hari perniagaan beliau semakin berkembang dan menjadi sambutan ramai orang. Sejak beliau belajar mengenai asas ICT serta kelebihannya, beliau benar-benar menggunakan ilmu yang beliau pelajari bagi mengembangkan perniagaan beliau. Bermulakan dengan peningkatan pendapatan daripada RM300 kepada RM600 dan semakin meningkat, beliau kini dapat membawa kestabilan dari segi kewangan kepada keluarganya. Beliau berasa sangat gembira dan berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Pedi Pekan Marudi bagi membantu beliau mengembangkan perniagaan beliau melalui penggunaan ICT.