13.JULAI 2015

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK merupakan organisasi sesebuah kampung untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah kampung. JKKK diketuai oleh seorang ketua kampung. Dalam perkampungan tradisional Melayu, ketua kampung secara automatik menjadi ketua / pengerusi JKKK. Di beberapa tempat.

 

Mesyuarat JKKK diadakan sebulan sekali dan ahli JKKK akan mendapat elaun kehadiran . Turut serta ialah Penghulu mukim. Penghulu ialah kaki tangan tetap kerajaan negeri dengan kelulusan SPM dan ke atas. Di sesebuah mukim, terdapai pejabat penghulu atau balai penghulu. Contohnya di MIRI terdapat Kompleks Balai Penghulu kerana menempatkan beberapa pejabat agensi kerajaan yang lain.

 

Penghulu akan melaporkan masalah, aduan dan rayuan daripada JKKK kepada Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertanggungjawab kepada Menteri Besar di setiap negeri . Di peringkat pusat, ia di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah .

 

 

Pengulu Ayub bin hasan .

    Beliau merupakan ketua kampung bagi daerah dan kampung melayu di pekan marudi ini.

1.Peranan beliau sebagai ketua kampung amat di perlukan dengan masyarakat kampung terutama sekali memerlukan.

2.Masyarakat kampung amat merasa selesa dan sesuai dengan cara beliau yang mesra dengan masyarakat sekeliling.

3.Dengan adanya ketua kampung.Pelbagai aktiviti yang di anjurkan oleh beliau di dalam Kampung maupun di Masjid.

4.Sistem pentadbiran kampung lebih tersusun dan teratur.

5.Keselamatan masyarakat kampung terutama skali lebih terjaga.

6.Keharmonian sesama insan dan jiran tertangga lebih terjalin.

 

Keutamaan beliau sebagai ketua kampung adalah mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara masyarakat kampung 

dan jiran tertangga agar lebih terjalin.Bukan itu sahaja,ia dapat memberikan keselesaan pada masyarakat kampung untuk berkongsi segala masalah mereka kepada ketua kampung.Selain itu ia dapat membantu masyarakat kampung khususnya di dalam mereka mempunyai segala masalah yang hendak di selesai kan.