Pekan Marudi yang terletak di bahagian utara bandaraya Miri berhampiran Taman Negara Mulu yang dahulunya hanya dapat dihubungkan dengan menggunakan pengangkutan udara (MASwings) dan sungai Batang Baram iaitu (menggunakan bot ekspress).
Batang Baram adalah merupakan laluan utama ke kawasan Ulu Baram. Setiap hari beberapa buah bot ekspress mengadakan perjalanan dari jeti ekspress Kuala Baram ke pekan Marudi (perjalanan mengambil masa 2 jam setengah dengan tambang RM25 sehala) & ke destinasi terakhir di kawasan Ulu Baram, iaitu pekan Long Lama ( mengambil masa 3 jam perjalanan).
Kini, pekan Marudi juga dapat dihubungkan dengan pengangkutan darat (melalui jalan pembalakan melalui ladang kelapa sawit) dari Bandaraya Miri sejauh 54 km iaitu mengambil masa sejam setengah perjalanan. Perjalanan ini akan meredah jalan sawit yang dahulunya merupakan jalan utama pembalakan. Kenderaan akan melalui feri batang baram iaitu kawasan yang dikenali sebagai nanga Ridan dan dikenakan tambang sebanyak RM1 bagi setiap kenderaan.