Pada 20 Oktober 2017 yang lalu, Majlis Mini Konvokesyen Tabika Kemas Daerah Marudi telah berlangsung bertempat di Dewah Suarah Marudi.

Majlis dirasmikan oleh YB Dato Gerawat Gala, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan N.78 Mulu. Majlis turut dihadiri oleh pihak Tadika Kemas, Pejabat Pendidikan Daerah Baram, pelajar- pelajar dan ibu bapa.

FB IMG 1508547156700

Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuklah ucapan daripada tetamu terhormat yang hadir, majlis penyampaian sijil kepada para pelajar tadika kemas dan persembahan dari para pelajar serta guru- guru tadika kemas Marudi.

FB IMG 1508547182549FB IMG 1508547174429

DI akhir majlis, semua tetamu terhormat, para guru dan pelajar-pelajar bergambar sebagai kenang- kenangan.

FB IMG 1508547207132