Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vestibulum augue ipsum, interdum eu volutpat et, malesuada et leo. Praesent ex arcu, accumsan id ipsum sed, porttitor sollicitudin enim. Quisque lacinia ornare felis, at efficitur mi facilisis eget. Suspendisse pretium commodo quam, accumsan porttitor nisl hendrerit sit amet. Praesent quis auctor enim, ac mattis nibh. Suspendisse vitae risus nisl. Morbi dictum efficitur augue, lobortis finibus urna interdum vitae. Pellentesque a faucibus eros, quis egestas ipsum. Cras interdum ex sed neque lacinia, a rutrum libero sagittis. Nunc sit amet ullamcorper urna, eget tempus augue. Suspendisse potenti. Fusce porta vitae lacus vitae fermentum. Ut erat nunc, dapibus ut mauris vitae, dapibus luctus elit. Suspendisse laoreet, diam eu venenatis faucibus, nunc sapien tempor tellus, ac sollicitudin tellus purus ac lectus.

Program latihan keusahawanan 

 

 Program latihan ataupun bengkel keusahawanan sering di anjurkan oleh badan-badan kerajaan maupun swasta.Ia amatlah penting untuk masyrakat di daerah marudi khususnya.Di samping itu ia dapat melahirkan keusahawanan yang berjaya di dalam pelbagai aspek.Itu merupakan keutamaan yang di inginkan agar dapat memberi keselesaan untuk memulakan sesuatu yang baru.

Seramai 37 peserta kursus yang terdiri daripada Ahli Pesekutuan Perkumpulan Wanita (PPWS) Marudi menyertai Bengkel Keusahawanan anjuran Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Dewan Suarah Marudi yang diadakan pada hari Sabtu 28.9.2013 dan Ahad 29.9.2013 yang mana bengkel berkenaan memberi faedah kepada para usahawan untuk mengetahui amalan-amalan terbaik untuk mereka menguruskan produktiviti dan kualiti perniagaan usahawan ke arah meningkatkan daya saing serta keuntungan. Memberi peluang kepada para usahawan untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi serta daya saing dan kualiti syarikat iaitu dari segi pengurusan yang baik, mencari peluang yang lebih besar dan dapat mengembangkan perniagaan ke pasaran luar. 

Dalam pada itu, tiga topik diutarakan berhubung begkel berkenaan antara lain ialah Strategi Pemasaran Inovasi Dalam Meningkatkan Perniagaan, Perhubungan Mesra Pelanggan dan Komunikasi Kreatif Yang Efektif di mana penceramah bagi ketiga-tiga topik tersebut disampaikan oleh Encik Campbell Apau. Pada hari kedua pula Demontrasi Bakeri dan Pastri oleh Puan Ponisah Idris dari Syarikat Usaha Bakti, Marudi.

Sub-kategori

Logan Terikan Marudi

 

Bersantai di Lubok Terikan, perjalanan lebih kurang 20 minit dari Pengkalan Feri Marudi. Tujuan utama lawatan ke Lubok Terikan adalah untuk melihat projek ternakan ikan dalam sangkar yang telah diusahakan oleh Peladang Marudi bermula sejak April 1999. Asalnya Lubok Terikan merupakan sebahagian daripada lekukan Sungai Baram. Bagaimanapun bagi mempercepatkan lagi masa perjalanan menyusuri sungai tersebut, lekukan ini telah diputuskan"tarikan" dengan satu alur pintas yang dibuat khas dan akhirnya berjaya membentuk laluan baru selebar Sungai Baram seperti yang dapat dilihat pada hari ini. Pada masa lampau, Lubok Terikan ini juga merupakan lubok yang menjadi sumber bekalan ikan air tawar utama buat penduduk sekitarnya khususnya dari Kampung Narum, Marudi. Memandangkan kawasan perairan lubok sesuai untuk dijadikan tempat memelihara ikan dalam sangkar, pihak Peladang Marudi telah mengambil inisiatif untuk memulakan projek ternakan ikan sangkar tersebut pada tahun 1999. Selain bersantai, memancing dan mandi-manda, mencari bela'ah atau kerang sungai juga aktiviti menarik yang harus dicuba oleh pengunjung.