2016-10-11

Giatmara Baram menyediakan Latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak negara bagi mewujudkan tenaga mahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing.

Giatmara Baram yang telah mula beroperasi sejak tahun 2003 menawarkan dua jenis kursus iaitu Kursus Dandanan Rambut dan Teknologi Automotif. Penyertaan terbuka kepada remaja berusia 15 tahun dan tiada had umur. Pelbagai inisiatif disediakan untuk para pelatih seperti elaun bulanan dan asrama. 

Berikut merupakan butiran mengenai Giatmara Baram:

Alamat: Lot 365B/ 366A, Jalan Wawasan, 98050 Marudi, Baram, Sarawak.

No tel: 085-756457

Masa operasi: Isnin - Jumaat 8.00 am - 5.00 pm