marudibreadloaf 28685033 2034948073199451 6485492323101704192 n 2 DSCN3004

 

Bread Marudi sudah menjadi satu kemestian bagi pengunjung yang datang berkunjung ke Marudi untuk bawa balik ke tempat masing-masing sebagai buah tangan. Bak kata sesetengah orang, tidak sah kalau tidak bungkus sekurang-kurangnya sebungkus bread Marudi ini. Tekstur bread tersebut sangat lembuh dan sangat sedap sehingga menjilat jari , lebih-lebih lagi apabila dicelup ke dalam air Milo ataupun dijadikan 'toast'. Keunikkan bread tersebut adalah homemade break dan sentiasa fresh keluar daripada oven terus dijual. Terkadang, masih ramai yang tidak berkesempatan untuk mersa bread tersebut. oleh itu hampir setiap hari, kedai tersebut tidak menang tangan menerima tempahan yang masuk. Bagi yang belum pernah mencuba keenakan Bread Marudi, anda boleh dapatkan di kedai Ah Jok berhadap dengan stesen teksi Marudi. 

 

kuey tiao 800px-Marudi Kueh Tiaw

 

Saban tahun telah berlalu, namun Kuey Tiao Marudi tetap menjadi pencarian penduduk Marudi, apatah lagi kepada pelancong. Kuey Tiao Marudi ini terkenal dengan ketebalannya yang membuatkan rasa kuey tiao tersebut apabila sudah dimasak sangat sedap serta teksturnya membuatkan mereka yang menikmatinya terasa ingin menambah lagi. Terdapat beberapa buah kedai di Marudi sini yang terkenal dengan Char Kuey Tiao atau Kuey Tiao Goreng mereka. Rasa sesebuah makan semestinya bergantung dengan cara seseorang itu memasaknya. Namun, tidak dinafikan bahawa rata-rata kedai yang mempunyai menu tersebut mempunyai rasa dan keenakannya yang tersendiri. Misalnya, Shanghai Restaurant, HK Restaurant dan Chan Restaurant. Sekiranya ada yang ingin mencuba bagaimana rasanya keenakan Char Kuey Tiao Marudi, anda boleh berkunjung dan menikmati kuey tiao Marudi di kedai-kedai tersebut. 

 

Belacan Miri merupakan antara produk tempatan yang begitu terkenal sehingga ia menjadi buah tangan wajib untuk dibawa pulang oleh pelancong. Istimewanya belacan Miri terletak pada rasanya yang lebih enak, selain mempunyai aroma unik sebagaimana belacan Bintulu yang juga terkenal di kalangan pelancong. Ditambah lagi dengan proses pembuatannya dengan kaedah tradisonal menggunakan alu dan lesung. Ini kerana kaedah itu dikatakan menghasilkan belacan yang lebih enak. Belacan Miri yang mempunyai reputasi tersendiri dijual pada harga yang agak tinggi iaitu antara RM50 hingga RM60 sekilogram. Untuk kemudahan orang ramai, ia juga boleh didapati dalam bentuk lebih kecil iaitu 100 gram, 150 gram, 200 gram dan 300 gram dengan masing-masing pada harga antara RM3 hingga RM10

 

IMG20210206162419-min 1  IMG20210206162432-min

 

Kraftangan merupakan produk yang cukup terkenal, lebih-lebih lagi dalam kalangan orang ulu. Khususnya di Sarawak, anda boleh menemui masyarakat yang hidup secara berbilang bangsa, suku, kaum dan agama. Oleh yang demikian kraftangan ini tidak asing lagi di Sarawak lebih-lebih lagi di Marudi sendiri. Kraftangan adalah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringan sahaja Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjkan secara individu dan kecil-kecilan. Hasil pertukangan selalaunya membawa imej kebudayaan dan adat sesuatu kaum. Rotan adalah bahan utama untuk membuat bakul rotan. Terdapat pelbagai jenis rotan yang boleh digunakan, antaranya rotan isi atau rotan pulor, rotan kulir dan rotan ikat tanpa kulit. Bilah-bilah rotan diwarnakan mengikut corak yang dikehendaki dan jalinan warna yang digabungkan akan menghasilkan bentuk bakul yang menarik. Tempoh pembuatan bakul ini mengambil masa dalam seminggu paling kurang bagi menyiapkan sebuah bakul namun tergantung kepada rekaan bakul tersebut. Oleh itu, kerja-kerja pembuatan kraftangan ini, lebih-lebih lagi yang melibatkan rekaan yang susah memakan masa dan tenaga yang banyak bagi individu yang membuat kraftangan ini. Hargailah hasil karya kraftangan tradisional kita.