Untuk makluman, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.
Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.
Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/ dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination
Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di http://www.motac.gov.my/sayangmalaysia atau berhubung dengan petugas PIK Pekan Marudi.
Berikutan hujan lebat yang melanda Marudi sejak minggu lepas menyebabkan beberapa buah kampung di sekitar Marudi dilanda banjir. 4 buah kampung yang terlibat adalah Kampung Dagang, Kampung Narum, Kampung Ridan dan Kampung Dato Zain Galau.
Banjir mulai surut dan penduduk kampung mula membersihkan kawasan sekeliling rumah mereka.
Majlis Tilawah Al Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Marudi telah diadakan pada 12 Januari 2018 yang lalu bertempat di Surau Nur Ihsan Kampung Permindahan Marudi.
Penyertaan bagi program ini amat menggalakkan. Peserta terdiri daripada individu dan kumpulan nasyid di sekitar Marudi. Para pemenang bagi setiap kategori mendapat sijil penyertaan dan hadiah.
Pekan Marudi yang terletak di bahagian utara bandaraya Miri berhampiran Taman Negara Mulu yang dahulunya hanya dapat dihubungkan dengan menggunakan pengangkutan udara (MASwings) dan sungai Batang Baram iaitu (menggunakan bot ekspress).
Batang Baram adalah merupakan laluan utama ke kawasan Ulu Baram. Setiap hari beberapa buah bot ekspress mengadakan perjalanan dari jeti ekspress Kuala Baram ke pekan Marudi (perjalanan mengambil masa 2 jam setengah dengan tambang RM25 sehala) & ke destinasi terakhir di kawasan Ulu Baram, iaitu pekan Long Lama ( mengambil masa 3 jam perjalanan).
Kini, pekan Marudi juga dapat dihubungkan dengan pengangkutan darat (melalui jalan pembalakan melalui ladang kelapa sawit) dari Bandaraya Miri sejauh 54 km iaitu mengambil masa sejam setengah perjalanan. Perjalanan ini akan meredah jalan sawit yang dahulunya merupakan jalan utama pembalakan. Kenderaan akan melalui feri batang baram iaitu kawasan yang dikenali sebagai nanga Ridan dan dikenakan tambang sebanyak RM1 bagi setiap kenderaan.