Tarikh : 2 Oktober 2022 Masa : 11:30AM - 12:30PM Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Marudi Peserta : Seorang Ahli PEDi |
Tujuan :
Petugas PEDi Pekan Marudi memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam melengkapkan surat perjanjian pinjaman pengajian dan prosedure yang diperlukan.
Latar Belakang :
Ridab Anak Slat merupakan salah seorang ketua kampung di rumah panjang kawasan Marudi. Beliau datang ke PEDi Pekan Marudi kerana ingin memohon bimbingan tentang cara melengkapkan surat perjanjian pinjaman pengajian anaknya.
Kebaikan :
- Ridab berjaya melengkapkan surat perjanjian pinjaman pengajian anaknya.
- Ridab juga mengikut setiap prosedure yang dinyatakan oleh Petugas PEDi Pekan Marudi sehingga urusan surat perjanjian selesai.
- Ridab berterima kasih kepada Petugas PEDi Pekan Marudi kerana membantu dan membimbing dia dalam urusannya.
Tarikh : 1 Oktober 2022 Masa : 11:30AM - 12:30PM Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Marudi |
Tujuan :
Petugas PEDi Pekan Marudi memberi tunjuk ajar dan bimbingan tentang cara pendaftaran kemasukan ke UiTM Kota Samarahan dan memuat turun Surat Perjanjian Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak.
Latar Belakang :
Anessa Rawa Anak Sait merupakan seorang lepasan SPM 2021 dari SMK Marudi. Dia telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UiTM Kota Samarahan dan berjaya mendapat tawaran Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak. Oleh yang demikian, dia telah hadir ke PEDi Pekan Marudi bagi meminta bantuan petugas PEDi Pekan Marudi untuk memberi tunjuk ajar berkenaan urusan tersebut.
Kebaikan :
- Anessa Rawa berjaya mendaftar sebagai mahasiswi UiTM Kampus Samarahan di portal pelajar UiTM.
- Anessa Rawa berjaya memuat turun dokumen surat perjanjian Biasiswa Pinjaman Kerajaan Nageri Sarawak di laman portal e-scholarshipsarawak.
- Anessa Rawa berjaya belajar ilmu asas penggunaan komputer dalam mendaftar dan memuat turun dokumen beliau.
- Anessa Rawa berterima kasih kepada Petugas PEDi Pekan Marudi kerana membantu dan membimbing dia dalam kedua urusannya.
Tarikh : 14 September 2022 Masa : 2:30AM - 5:00PM Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Marudi Peserta : 10 Usahawan PEDi |
Tujuan :
Memberi tunjuk ajar kepada usahawan dalam melakukan pembankan dalam talian dengan cara yang betul bagi kegunaan dimasa hadapan.
Kebaikan :
- Dalam program ini, para usahawan akan didedahkan tentang pengetahuan asas cara yang betul dalam melakukan transaksi perbankan dalam talian bagi urusan perniagaan mereka di masa akan datang.
- Petugas PEDi Pekan Marudi membantu mereka dengan menerangan komponen yang ada dalam perbankan dalam talian mengikut jenis bank para usahawan.
- Para usahawan juga di dedahkan dengan protokol keselamatan ketika melakukan transaksi perbankan dalam talian bagi mengelakkan penyalahgunaan maklumat peribadi mereka.
Tarikh : 15 September 2022 Masa : 2:30AM - 5:00PM Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Marudi Peserta : 16 Orang Pelajar |
Tujuan :
Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan sekitar Marudi.
Kebaikan :
- Semangat patriotisme dalam kalangan peserta dapat dipupuk melalui aktiviti pertandingan mewarna dan kuiz sempana Hari Malaysia.
- Peserta dapat mengetahui maklumat penting berkenaan sejarah dalam penubuhan Hari Malaysia.
- Peserta dapat memperolehi ilmu tentang negara melalui program ini.
- Peserta juga dapat menanam semangat cinta akan negara.
- Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta dan ibu bapa/penjaga peserta yang hadir.
Pelajar Sekolah Rendah
Pelajar Sekolah Menengah
Keluarga Malaysia
Tarikh : 9 September 2022 Masa : 2:30AM - 5:00PM Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Marudi Peserta : 10 Usahawan PEDi |
Tujuan :
Memupuk minat dan memberikan tunjuk ajar kepada usahawan dalam menyunting gambar produk bagi kegunaan dimasa hadapan.
Kebaikan :
Dalam program ini, para usahawan akan didedahkan tentang pengetahuan asas komputer serta berpeluang mempelajari cara yang betul menggunakan komputer untuk melakukan aktiviti berkaitan pemasaran seperti:
- Latihan penyuntingan gambar untuk tujuan bahan pemasaran dengan menggunakan aplikasi Canva
- Para usahawan dapat gambaran untuk menyunting gambar produk dengan isi kandungan yang bersesuaian.
- Petugas juga dapat memberi sedikit sebanyak inputs kepada para usahawan agar gambar produk yang dihasilkan oleh para usahawan memberi impak yang tinggi dan mampu menarik perhatian sasaran pelanggan mereka.