Tarikh : 6 & 8 September 2022 Masa : 8:30AM - 12:30PM Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Marudi Peserta : 10 Ahli PEDi |
Tujuan :
Petugas PEDi Pekan Marudi memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang kegunaan Microsoft Word:-
- Membuat surat
- Membuat dokumen
- Membuat kata/Mengubah ejaan
- Membuat dan membuka file dari berbagai macam format
Petugas PEDi Pekan Marudi memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang kegunaan Microsoft Excel:-
- Membuat, mengedit, mengurutkan, menganalisa, meringkas data.
- Membuat berbagai macam grafik dan diagram.
- Membuat daftar hadir serta daftar nilai sekolah maupun universiti.
- Membuat catatan keuangan, anggaran serta menyusun laporan kewangan.
- Melakukan perhitungan aritmatik dan statistik.
Latar Belakang :
10 ahli PEDi Pekan Marudi yang menyertai program ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah kawasan Marudi.
Kebaikan :
- Peserta didedahkan dengan pengunaan asas komputer.
- Peserta didedahkan dengan komponen dalam Miscrosoft Office (Word & Excel).
- Peserta dapat belajar menggunakan Microsoft Word untuk tujuan tugasan dan urusan di masa akan datang.
Tarikh : 9 September 2022 Masa : 8:30AM - 12:30PM Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Marudi Peserta : Seorang Ahli PEDi |
Tujuan :
Petugas PEDi Pekan Marudi memberi tunjuk ajar dan bimbingan tentang cara membuat sijil dengan menggunakan aplikasi Canva.
Latar Belakang :
Faiezah Binti Junaudi merupakan seorang ahli PEDi Pekan Marudi pada 18 Ogos 2020. Beliau datang ke PEDi Pekan Marudi kerana ingin memohon bimbingan tentang cara membuat sijil dari Petugas PEDi Pekan Marudi.
Kebaikan :
- Faiezah berjaya mendaftar di aplikasi Canva dan belajar membuat sijil dengan menggunakan aplikasi Canva.
- Faiezah berjaya menghasilkan sijil yang diingininya dan belajar ilmu baru melalui aplikasi Canva tersebut.
- Faiezah berterima kasih kepada Petugas PEDi Pekan Marudi kerana membantu dan membimbing beliau dalam menghasilkan sijil.
Tarikh : 12,13 Ogos 2022 Masa : 8.30 am -4.30 pm Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pekan Marudi Peserta : 10 Orang |
Tujuan:
- - Mendedahkan kegunaan ICT sebagai medium yang boleh memudahkan penyimpanan dan mendapatkan maklumat.
- Membantu membuka minda dan minat dalam mempelajari cara menggunakan Microsoft Word dan Power Point
- Memberi tumpuan untuk meningkatkan ilmu literasi komputer kepada penduduk Pekan Marudi
Maanfaat:
- Ahli PEDi Pekan Marudi dapat mendapatkan maklumat secara lebih meluas, di mana maklumat adalah tidak terhad kepada maklumat yang ada di dalam bentuk buku malahan maklumat yang ada di laman sesawang.
- Mereka turut diberi pendedahan akan bahaya dan diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan maklumat yang ada di talian
- Mereka faham sedikit sebanyak mengenai cara untuk menggunakan Microsoft Word dan Power Point
Aktiviti
1. Ahli PEDi tengah mempelajari cara dan memahami fungsi internet bagi tujuan penggunaan masa akan datang.
2. Petugas PEDi tengah mengajar mereka cara untuk mendapatkan maklumat di laman sesawang.
3. Mempelajari dan memahami sedikit asas penggunaan Microsoft Word dan Power Point berdasarkan slide yang disediakan petugas PEDi.
Tarikh : 7 September 2022 Masa : 10:30AM - 12:30PM Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Marudi Peserta : Seorang Ahli PEDi |
Tujuan :
Petugas PEDi Pekan Marudi memberi tunjuk ajar dan bimbingan tentang cara memohon pas perjalanan ke Brunei.
Latar Belakang :
Grace Jay Payung merupakan seorang ahli baru PEDi Pekan Marudi pada 6 September 2022. Beliau datang ke PEDi Pekan Marudi kerana ingin memohon pas perjalanan ke Brunei. Beliau bercadang untuk masuk/keluar dari Brunei. Oleh itu, beliau harus mendaftar Pas Sistem Keluar Dan Masuk Brunei (Entry and Exit System - EES) Dalam Talian serta mendaftar BruHealth Dalam Talian sebagai syarat kemasukan ke Brunei. Oleh itu, beliau meminta bantuan serta bimbingan dari Petugas PEDi Pekan Marudi berkenaan perkara tersebut.
Kebaikan :
- Grace Jay Payung berjaya mendaftar pas perjalanan masuk/keluar dari Brunei melalui EES Brunei di laman portal EES (bdnsw.gov.bn).
- Grace Jay Payung berjaya mendaftar BruHealth melalui laman portal BruHealth Arrival in Brunei (healthinfo.gov.bn).
- Grace Jay Payung berjaya belajar ilmu asas penggunaan komputer dalam mendaftar pas perjalanan di EES & BruHealth beliau.
- Grace Jay Payung juga mampu mengunakan ilmu yang baru dan pengalamannya untuk urusan pendaftaran pas perjalanan ke Bruneidan pendaftaran BruHealth di masa akan datang.
- Grace Jay Payung berterima kasih kepada Petugas PEDi Pekan Marudi kerana membantu dan membimbing beliau dalam urusan perjalanan ke Brunei dengan lancar.
Tarikh : 18 OGOS 2022 Masa : 09.00 am - 12.00 pm Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Marudi Peserta : 10 Peserta |
Tujuan:
Program Klik Dengan Bijak merupakan sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan tiga (3) aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitik beratkan kawal selia kendiri dalam permasalahan salah guna internet. Tujuan program ini adalah:
- - Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- - Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- - Memberi pengetahuan tatacara menggunakan fungsi komputer riba dan sebagainya.
- - Mengingatkan pengguna akan masalah aduan dan maklumat palsu, teknologi dan anda, buli cyber, penipuan kewangan, cyber grooming dan check your label.
Kebaikan Aktiviti:
- - Menyampaikan mesej tentang kepentingan klik dengan bijak dalam penggunaan internet.
- - Menambahkan ilmu pengetahuan tentang penggunaannya.
- - Memberi pembelajaran tentang fungsi komputer dan sebagainya.
- - Menyampaikan maklumat berkenaan dengan Aduan dan Maklumat Palsu,Teknologi dan Anda, Buli Cyber ,Penipuan Kewangan dan Cyber Grooming dikalangan masyarakat.