Tarikh : 6 mei 2022 Masa : 08.00am-10.00am Tempat : PEDi Pekan Marudi Peserta : 1 Peserta |
Tujuan: Belajar cara membuat Resume yang terbaru untuk meminta kerja
Aktiviti : Ardyles Tembak Anak Guat seorang bekas graduasi master degree di UNIMAS Kuching.Dia juga seorang pelawat serta menjadi ahli baru pada tahun 2022 di Pedi Pekan marudi ini.Dia datang ke Pedi pekan marudi untuk meminta petugas Pedi Pekan Marudi membantu beliau bagaimana cara membuat resume terbaru untuk meminta kerja.Beliau berasa gembira dapat mempelajari asas menggunakan komputer dan juga cara menggunakan Microsoft word walaupun beliau seorang graduasi.Beliau sangat senang hati atas layanan baik petugas dari PEDi Pekan Marudi kerana bejaya mengajar beliau serta dapat menggunakan PC dan printer di pedi.
Tarikh : 6 Jun 2022 Masa : 08.00am-10.00am Tempat : PEDi Pekan Marudi Peserta : 1 Peserta |
Tujuan: Belajar cara livechat dengan Telekom Malaysia :https://livechat.tm.com.my/unifilivechat/livechat.aspx
Aktiviti : Kho Siau Chen seorang lepasan SPM, Dia datang ke Pedi pekan marudi untuk meminta bantuan dari petugas Pedi Pekan Marudi -
cara membuat complaint kepada Telekom Malaysia sebab Internet Unifi di rumah nya telah putus. Petugas PEDi Pekan Marudi tunjuk ajar Kho Siau Chen
Tm livechat melalui :https://livechat.tm.com.my/unifilivechat/livechat.aspx.dan berkomunikasi di livechat
arikh : 3 April 2022 Masa : 08.30am-10.30am Tempat : PEDi Pekan Marudi Peserta : 1 Peserta |
Tujuan: Panduan Permohonan eRecruitment-Permohonan atas talian
Aktiviti : Mohammad Bin Dye adalah seorang bekas pekerja di Muzana Holding Sdn Bhd.Dia juga ahli lama di Pedi ini.Dia meminta petugas Pedi pekan marudi untuk membantu beliau bagaimana memohon pekerjaan di eRecruitment atas talian.Beliau datang ke PEDi untuk mempelajari proses panduan permohonan eRecruitment secara atas talian.Dia sangat berbangga dan bebesar hati kerana petugas PEDI sangat ramah mesra dengan orang tua sepertinya dan berjaya membuat permohonan tersebut.
Tarikh : 7 Jun 2022 Masa : 08.00am-10.00am Tempat : PEDi Pekan Marudi Peserta : 1 Peserta |
Tujuan: Cara memuat turun whatsapp di laptop
Aktiviti : Franklin Chendang adalah seorang lepasan SPM dan tengah menunggu keputusan SPM. Dia bercita-cita internet di kampung kurang kuat. Beliau datang ke Pedi pekan marudi meninta bantuan dari pertugas PEDi cara memuat turun whatsapp di laptop nya.Beliau berasa gembira kerana pertugas PEDi sangat membantu kepada dia dan tujuk ajar nya cara mencari video video untuk cara muat turun whatsapp di laptop yang berada di google
Dia sangat seronok dan bebesar hati kerana petugas PEDi Berjaya mengajarnya dengan sepenuh hati
Tarikh : 13,14,20 dan 21 April 2022 Masa : 08.00pm-09.00pm Tempat : Pedi Pekan Marudi dan Rumah Panjang Peserta : 20 Peserta |
Tujuan:
Program Klik Dengan Bijak (Aduan dan Maklumat Palsu,Teknologi dan Anda,Buli Cyber,Penipuan Kewangan,Cyber Grooming -13,14,20 dan 21 April 2022
Aktiviti :
Program Klik Dengan Bijak merupakan sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan tiga (3) aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitik beratkan kawal selia kendiri dalam permasalahan salah guna internet.Tujuan program iniadalah:
- Petugas Pedi Pekan Marudi memberi pendidikan kepada peserta dari Pedi Marudi,rumah panjang serta ladang dalam penggunaan internet serta tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet. Supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pengatahuan tata cara menggunakan komputer riba, fungsi dan sebagainya.
- Mengingatkan pengguna dalam masalah buli siber,aduan dan maklumat palsu,teknologi serta grooming dalam masyarakat setempat.
Peserta dari Pedi Marudi,rumah panjang dan ladang berasa sangat senang hati serta bangga kerana Petugas PEDi dapat menyampaikan maklumat berkaitan dengan siber buli,Aduan dan maklumat palsu,Teknologi dan anda serta Grooming