Tarikh       :  16 JULAI 2021

Masa         :  10am-11am

Tempat     :  RUMAH MASING - MASING (WFH)

Peserta     : 1 Peserta

Tujuan:

  1. Belajar cara untuk mendapatkan atau menghantar lokasi semasa kepada orang lain.
  2. Memudahkan pihak lain untuk mengetahui lokasi semasa seseorang tanpa memerlukan penjelasan yang panjang. 

Aktiviti :

Chua Nien Thiing merupakan seorang pelajar yang telah berdaftar sebagai ahli Pedi pada tahun 2021 ini. Hari ini, beliau meminta bantuan daripada pegawai Pedi untuk mengajar beliau dengan lebih terperinci penggunaan Whatsapp, terutamanya dalam tujuan menghantar lokasi semasa kepada orang lain. Dengan menggunakan zoom meeting, petugas Pedi membantu beliau dengan memberi penjelasan setiap fungsi icon atau butang yang terdapat di dalam aplikasi whatsapp. Sekali gus petugas mengajar beliau cara untuk menghantar lokasi semasa beliau kepada orang lain. Beliau berasa gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Kini, beliau lebih memahami cara menggunakan aplikasi whatsapp dengan lebih terperinci. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut :

  1. Dengan menggunakan aplikasi zoom meeting, petugas memberi penjelasan menggunakan whatsapp kepada pengguna.
  2. Petugas membimbing langkah demi langkah penggunaan dengan cara mengakses google map atau lokasi melalui aplikasi Whatsapp.  

     Gambar Di Sini

 

Tarikh       :  15 JULAI 2021

Masa         :  10am-11am

Tempat     :  RUMAH MASING - MASING (WFH)

Peserta     : 1 Peserta

Tujuan:

  1. Mencipta borang google bagi tujuan pengurusan.

Aktiviti :

Chua Nien Thiing menyandang sebagai seorang pelajar. Beliau juga merupakan ahi Pedi sejak 2021 ini. Oleh kerena perkhidmatan yang disediakan oleh Pedi membautkan beliau berinisitif untuk meminta bantuan daripada petugas Pedi untuk membantu membimbing beliau dalam mencipta borang Google. Petugas Pedi menjelaskan kepada beliau serba sedikit kebaikan borang Google tersebut. Seterusnya membimbing beliau mengguna borang Google tersebut . Setelah diberi penjelasan dan demo kepada beliau, beliau memahami setiap penjelasan dengan jelas. Beliau berasa gembira dan berpuas hati kerana akhirnya beliau dapat memulakan tugas beliau degnan mengguna borang Google ini dengan mudah serta mudahkan tugasan beliau. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut :

  1. Dengan menggunakan zoom meeting, petugas Pedi mengajar ahli Pedi mencipta borang Google.
  2. Memastikan borang Google tersebut dibuka menggunakan email pengguna sendiri.
  3. Petugas menjelaskan penggunaan borang Google
  4. Petugas tunjukkan langkah demi langkah yang perlu dilakukan sehingga selesai.

    Gambar Di Sini

 

Tarikh       :  21 JUN 2021

Masa         :  10am-11am

Tempat     :  RUMAH MASING-MASING (WFH)

Peserta     : 1 Peserta

Tujuan:

Menebus bantuan e-belia yang diperuntukkan oleh kerjaaan Malaysia

Aktivti :

Marciana Usat merupakan ahli Pedi sejak 2017 lagi. Beliau mendapat tahu mengenai ebelia yang diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia kepada golongan belia yang berusia 18 tahun sehingga 20 tahun. Oleh itu, hari ini beliau meminta bantuan daripada petugas Pedi untuk membimbing beliau dalam membuat permohonan ebelia yang terdapat di dalam aplikasi shopee. Petugas Pedi memberi penerangan mengenai ebelia ini sambil pemohon mengisi maklumat peribadi beliau melalui aplikasi dan bimbingan yang diberikan. Kini, beliau berjaya membuat permohonan tersebut tanpa sebarang gangguan. Bagi mengenal pasti samada permohonan beliau berjaya dihantar adalah dengan masuk semula ke laman “Claim Ebelia”. Sekiranya pemohon tidak dapat masuk kembali ke laman tersebut, bermakna permohonan beliau telah diproses serta mengambil masa dalam 24 jam. Beliau berpuas hati dengan bimbingan dan perkhidmatan yang diberikan oleh betugas Pedi. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut :

  1. Petugas dan pemohon berinteraksi melalui zoom meeting bagi memudahkan interasksi serta perkongisaan skrin.
  2. Memberi penerangan sambil membuat permohonan
  3. Terdapat beberapa maklumat peribadi yang perlu diisi serta dikemukakan dalam bentuk gambar.
  4. Memastikan setiap maklumat yang diisi dan dikemukakan adalah tepat dan benar serta tiada sebarang kesilapan.
  5. Permohonan berjaya dibuat dan kelulusan mengambil masa dalam 24 jam.

Gambar Di Sini

 

Tarikh       :  22 JUN 2021

Masa         :  10am-11am

Tempat     :  RUMAH MASING - MASING (WFH)

Peserta     : 1 Peserta

Tujuan:

  1. Untuk mencipta website peribadi
  2. Bagi berkongis maklumat dan tips kepada pembaca
  3. Bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mengenai penggunaan dan kepentingan ICT.

Aktiviti :

Joy Bungan merupakan seorang pelajar tingkatan 4 dan juga merupakan ahli yang telah berdaftar sebagai ahli PEDI pada Oktober 2019. Pada hari ini, beliau secara sukarelanya ingin belajar cara-cara mencipta website atau blog beliau sendiri. Oleh kerana “LOCKDOWN”  petugas mengambil inisiatif utnuk membantu komuniti melalui zoom meeting. Melalui wix.com ini, beliau dapat mencipta website ataupun blog beliau dengan mudah dan percuma. Petugas memberi serba sedikit penerangan mengenai penggunaan website atau blog, dan masa yang sama turut dijelaskan juga kebaikan dan kepentingan ICT dalam mencipta website atau blog. Belaiu sangat gembira dan teruja kerana mempunyai peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru walaupun tidak secara bersemuka. Walaupun yang beliau pelajari hanya asas namun beliau sudah berasa gembira dan berpuas hati serta membuatkan beliau berminat untuk belajar lebih mendalam lagi dalam penciptaan website ini. Beliau berasa sangat berterima kasih kepada petugas kerana telah memberikan penerangan yang mudah untuk difahami. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut :

  1. Petugas dan ahli berinteraksi melalui aplikasi zoom meeting.
  2. Petugas memberi sedikit penerangan mengenai website dan jenis-jenis website.
  3. Dengan menggunakan wix.com, petugas membimbing beliau untuk mencipta website beliau sendiri.
  4. Langkah demi langkah beliau dibimbing dan diberi keterangan .
  5. Akhir sekali, beliau berjaya mencipta website beliau sendiri walaupun hanya ssangat sederhana kerana baru pemula. 

 

 Gambar Di Sini

 

 

Tarikh       :  6 Mei 2021

Masa         :  9am-10am

Tempat     :  PEDI Pekan Marudi

Peserta     : 2 Peserta

Tujuan:

Kemaskini Resume untuk permintaan kerja(Offshore).

Aktiviti:

Christina Ak Jelin merupakan seorang pelawat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pekan Marudi yang datang ke Pedi bertujuan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pedi. Disini, beliau sedang menggunakan komputer Pedi bagi mengemaskini resume suami beliau. Christina mengemaskini semua maklumat dengan maklumat yang terkini. Sebelum beliau membuat cetakan, beliau periksa semua resume yang telah dikemaskini agar tidak ada maklumat yang tertingga atau tersilap masuk. Dengan itu, beliau berasa puas hati kerana perkhidmatan pembayaran adalah berbaloi. Encik Singang Anak Chundai merupakan suami kepada Christina yang datang ke Pedi untuk menemani beliau untuk mengemaskini resume tersebut. Beliau berasa selesa kerana Pedi mempunyai ruang menunggu yang bersih dan baik serta membuatkan para pelanggan berasa selesa untuk menunggu. 

Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut :

  1. Log masuk mengunakan komputer Pedi.
  2. Mengemaskini resume yang telah disimpan ke dalam pendrive peribadi.
  3. Mencetak resume yang telah dikemaskinikan.

Gambar Di Sini

 

Sub-kategori