Pada tahun 2022 di pekan marudi telah kehabisan letak kereta.Ini terjadi akibat naik taraf kawasan sekitar dataran marudi serta naik taraf parit di kawasan rendah banjir sekitar jalan menuju ke wap expres lama.Minta pihak yang berwajib menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dan cepat untuk membaikpulih sekitar letak kereta di marudi supaya memudahkan orang awam yang betandang ke Pekan Marudi.
Berikut adalah dikongsikan infografik bagi Kenyataan Media berkaitan Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah KPM bagi Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 yang dikeluarkan baru-baru.Ia sama dengan pendidikan di sarawak dan juga untuk rujukan sekolah-sekolah di pekan marudi.Jikalau anak anda darjah 2 pada tahun 2021. Maka pada 10/1/2022 hingga 25/2/2022 , anak anda masih darjah 2 bagi penggal ke-3.Anak anda hanya akan masuk darjah 3 pada 21/3/2022 ketika sesi persekolahan baharu kelak.Ramai ibu bapa yang masih keliru, maka pihak PEDi Pekan Marudi bagi contoh ini untuk rujukan ya.Rujuk jadual penggiliran KPM Penggal 3.Sila ikut SOP yang sedia ada,Pastikan sentiasa memakai pelitup muka,mencuci tangan dengan hand sanitizer untuk membasmi kuman.
Eddie Lim adalah pekerja social di kawasan marudi.Dia juga ahli lama di Pedi Pekan marudi ini.Dia datang ke Pedi pekan marudi untuk meminta petugas Pedi Pekan Marudi membantu beliau untuk membuat penukaran kata laluan baru bagi E-mail akaun lama beliau.Beliau sangat senang hati atas layanan baik petugas dari PEDi Pekan Marudi.
Sub-kategori
Maklumat Komuniti
Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.
VISI
Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.
MISI
- Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
- Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
- Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.
Isnin - Ahad : 8:00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm
Rehat : 12:30pm -2:30pm
Alamat :
Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK
Maklumat Pusat Ekonomi Digital
Direction to Pedi Pekan Marudi