Wendy Chen asal dari Pekan Marudi.Tahun 2022 ini dia dan family hanya merayakan Sambutan Tahun Baru cina di rumah sahaja tanpa saudara mara dan juga kawan-kawan.Mereka tidak dikunjungi sesiapa,ini kerana disebabkan convid-19 dan banjir teruk yang melanda Pekan Marudi ketika itu.
Pada januari dan febuari 2022 Pekan Marudi dilanda banjir lagi.Kawasan rendah Pekan Marudi mula terjejas disebabkan banjir sudah bemula. Pada tahun ini, Pekan Marudi baru sahaja mengalami banjir selama 8 hari. Tanpa diduga, hanya beberapa bulan selepas mengucapkan selamat tinggal kepada banjir, kawasan rendah mula terjejas semula. Namun, hanya beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir.
Pada musim hujan pada penghujung tahun, hujan yang kerap menyebabkan paras air Sungai Baram meningkat, dan bahagian bawah di sepanjang sungai telah terjejas oleh sungai. Apabila paras air sungai mula melimpahi turapan bahagian belakang Jalan Kapitan Linqingkiat, perniagaan mula bimbang tentang kejadian banjir berulang lagi.
Penduduk di perkampungan Melayu di sepanjang sungai, Kampung Dagang, Kampung Ridang, Kampung dan beberapa perkampungan rendah Kampung Cina turut terjejas sepertimana yang pernah belaku sebelumnya.
You-tube bukan sahaja digunakan melihat video lagu atau cerita tetapi dapat juga untuk melihat cara-cara membuat bakul.Golongan emas adalah golongan yang ingin serba tahu sesuatu yang mereka ingin buat contohnya mereka ingin membuat bakul.Didalam you-tube mereka akan didedahkan cara-cara dari mula dan akhir tentang membuat bakul sehinggalah mereka pandai.Bukan sahaja dijadikan kraftangan tetapi bakul tersebut apabila sudah siap boleh juga untuk dijual dapan mendapat pendapatan sampingan.
Rabaah Binti Yani dan Shahnurain Bt Abdullah adalah ahli Pedi Pekan Marudi.Mereka datang untuk menggunakan komputer di Pedi Pekan Marudi.Pertugas Pedi Pekan Marudi mengajar mereka untuk menaip di Microsoft word seperti yang diperlukan untuk membuka akaun tersebut.Pertugas Pedi turut membantu mereka mencetak Salinan surat-surat tersebut.Pedi Pekan Marudi memberi kebenaran bermain game dan menggunakan komputer kepada Mohammad Faizul Fong Bin Abdullah adalah anak kepada Rabaah Binti Yani(Ahli Pedi Pkan Marudi) semantara menunggu ibunya membuat surat permohonan menggunakan Microsoft word.Mereka sangat berpuas hati atas layanan baik dari pihak pertugas Pedi Pekan Marudi dan berasa sangat gembira kerana mereka telah Berjaya membuat surat-surat yang mereka perlukan.
Program Vaksinasi Covid -19 @ Marudi
Untuk makluman , pemberian vaksin sinovac sebagai Booster akan di laksanakan dari
10/1/2022 sehingga 15/1/2022 . Ini adalah pemberian terakhir vaksin sinovac sebagai booster .
Tolong sebarkan maklumat ini supaya sesiapa yang ingin mendapatkan vaksin booster sinovac
Boleh hadir ke PPV Marudi yang bertempat di ruang legar perpustakaan Marudi . Terima kasih 😊
Sub-kategori
Maklumat Komuniti
Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.
VISI
Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.
MISI
- Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
- Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
- Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.
Isnin - Ahad : 8:00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm
Rehat : 12:30pm -2:30pm
Alamat :
Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK
Maklumat Pusat Ekonomi Digital
Direction to Pedi Pekan Marudi