Tarikh    : 11 Oktober 2017
Masa     : 3.00 pm - 4.00 pm
Tempat  : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Pekan Marudi
Peserta  : Mohamad Zulkifli bin Mohd Khalik

 

Tujuan

Membantu dan memberi khidmat nasihat kepada ahli PEDI berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan.

Aktiviti

Ahli PEDI menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram  untuk melakukan aktiviti promosi.  Melakukan promosi bagi produk jualan di media sosial. 

IMG-20171011-WA0003Screenshot 2017-10-22-09-09-54-82

 

Tempahan dibuat secara atas talian atau melalui aplikasi Facebook/ Whatsapp/ Instagram.

 

 

IMG20171019230341

 

Membantu dan memberi khidmat nasihat kepada ahli PEDI berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan.

Tarikh    : 19 September 2017
Masa     : 3.00 pm - 4.30 pm
Tempat  : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Pekan Marudi
Peserta  : Nur Athirah binti Ramli

 

Tujuan

Mengajar dan membantu ahli PEDI mencari maklumat di internet dan membuat slide pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint. 

Aktiviti

Penerangan mengenai langkah- langkah yang perlu dilakukan untuk mencari maklumat di internet. Nur Athirah memasukkan kata kunci yang sesuai dan memilih bahan/ maklumat yang ingin dicarinya.

IMG20170919153743

Nur Athirah membaca dan memilih bahan yang sesuai untuk dijadikan topik kerja kursus Sejarahnya. Nur Athirah menyalin isi- isi penting/ gambar mengenai topik kerja kursus Sejarahnya ke dalam Microsoft Powerpoint. 

IMG20170919153520IMG20170923213111

Mengajar ahli PEDI mencari maklumat di internet dan membuat slide pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint.

Tarikh    : 22 Ogos 2017
Masa     : 1.30 pm - 2.00 pm
Tempat  : Pusat Internet Komuniti (PIK) Pekan Marudi
Peserta  : Dina anak Mandi 

 

xm3kAh

Definisi

Youtube adalah laman perkongsian yang popular untuk memuat naik, menonton dan berkongsi petikan video. Kandungan Youtube boleh merangkumi animasi, rakaman acara awam, rakaman peribadi kecuali kandungan yang menyalahi undang- undang atau yang berbentuk penghinaan. Rakaman video boleh berbentuk informasi, hiburan, rujukan atau peribadi semata- mata.

Tujuan

Sesi ini dihadiri oleh seorang surirumah yang ingin mengetahui cara untuk mencari maklumat di Youtube. Pn Dina ingin mencari resepi kek untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti

Penerangan fungsi, manfaat dan kelemahan Youtube kepada peserta. Menerangkan langkah- langkah yang perlu dilakukan semasa mencari maklumat di Youtube. Peserta memasukkan kata kunci untuk mencari video yang bersesuaian. 

 gambar 1

Peserta memilih dan menonton video yang mengandungi informasi yang sesuai untuk dijadikan rujukan seharian.

IMG20170822134558

 

 

Tarikh    : 06 September 2017
Masa     : 2.30 pm - 3.30 pm
Tempat  : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (Pedi) Pekan Marudi
Peserta  : Myronia Dency Pura anak Dana 

 

Tujuan

Mengajar dan membantu ahli PEDI mencari kertas peperiksaan UPSR tahun- tahun yang lepas di internet.

Aktiviti

Penerangan mengenai langkah- langkah yang perlu dilakukan untuk mencari maklumat di internet. Myronia memasukkan kata kunci mengenai bahan/ maklumat yang ingin dicarinya.

 

IMG20170906145453

 

Myronia membaca dan memilih bahan yang diingininya. Myronia mencetak soalan- soalan UPSR pada tahun- tahun lepas sebagai bahan rujukan persiapan menghadapi peperiksaan UPSR. 

 

IMG20170906145512IMG20170906145453

Jordan Jong merupakan seorang pelajar sekolah menengah Tingkatan 2 yang berumur 14 Tahun. Beliau ingin mempelajari cara menaip surat rasmi dengan menggunakan perisian Microsoft Word untuk menolong ibunya memohon pinjaman wang dari pihak Amanah Ikhtiar Malaysia.

Berikut merupakan beberapa gambar semasa beliau mempelajari Microsoft Word daripada Penolong Pengurus :

 

 

Jordan menaip surat mengikut contoh surat yang telah ditulis ibunya sebelum ini.

 

Mendapat tunjuk ajar daripada Penolong Pengurus.

Jordan terus berusaha menaip surat rasmi tersebut dengan bersungguh-sungguh dengan bimbingan Penolong Pengurus.

 

 

Sub-kategori