BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama : Pn Victoria Christa anak Lajang
Umur : 35 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang 

Pn Victoria merupakan seorang surirumah yang sedang mencari pekerjaan bagi menampung keluarganya. Beliau telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (Pedi) Pekan Marudi pada Julai 2018. Beliau yang sering kali sibuk dengan urusan lain menyebabkan beliau tidak terlalu terdedah dengan aktiviti berkaitan ICT. Beliau berkunjung ke Pedi untuk menggunakan kemudahan internet yang terdapat di sini untuk mencari maklumat dan memohon peluang pekerjaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum ini, Pn Victoria kurang mahir menggunakan aplikasi komputer dan fungsi internet bagi tujuan mencari peluang pekerjaan. Pn Victoria juga  tidak mempunyai email peribadi dan tidak cekap menaip. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan kemudahan internet tanpa bantuan petugas.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email dan perisian seperti Microsoft Word. Selepas mengikuti kelas dan aktiviti yang diadakan di Pedi, Pn Victoria mula menyedari kepentingan ilmu pengkomputeran dan penggunaan internet. Dengan adanya kemudahan internet, beliau dapat mencari maklumat dan informasi dengan mudah.

 

IMG20180706092008

 

Nama: Sharifah Rafeah binti Wan Abdul Rahman

Umur: 35 Tahun

Pekerjaan: Pembantu Tadbir / Usahawan online

Sharifah Rafeah merupakan seorangpembantu tadbir di sebuah sekolah di ulu baram dan beliau menjalankan perniagaan produk kesihatan, kecantikan dan Tone Excel bagi menambah pendapatan sampingannya. Beliau telah menjadi ahli di Pedi Pekan Marudi sejak tahun 2015. Sebelum penglibatan di Pedi, beliau melakukan promosi dan jualan secara offline. Selepas penglibatan di Pedi beliau melakukan promosi secara online melalui facebook, whatsapp  dan sebagainya.

 

Nama: Rabaah binti Yani

Umur: 36 Tahun

Pekerjaan: Surirumah

Pn Rabaah merupakan seorang surirumah dan telah menjadi ahli di Pedi Pekan Marudi sejak April 2017. Sebelum ini, Pn Rabaah tidak terlalu terdedah dengan penggunaan internet. Beliau juga kurang mahir menggunakan aplikasi komputer. Selepas menjadi ahli di Pedi, Pn Rabaah mula menyedari kepentingan penggunaan internet. Dengan adanya kemudahan internet, dia dapat mencari maklumat dan informasi dengan mudah. Pn Rabaah juga mula menggunakan media sosial seperti Facebook untuk berhubung dengan rakan- rakannya dan menambah kenalan baru.

 

 

 

Nama: Yusliza binti Muhtar

Umur: 26 Tahun

Pekerjaan: Pembantu Perubatan / Usahawan online

Cik Yusliza merupakan seorang Pembantu Perubatan (MA) di Hospital Marudi dan beliau menjalankan perniagaan dropship produk kecantikan bagi menambah pendapatan sampingannya. Beliau telah menjadi ahli di Pedi Pekan Marudi sejak tahun 2017. Sebelum penglibatan di Pedi, beliau melakukan promosi dan jualan secara offline. Selepas penglibatan di Pedi beliau melakukan promosi secara online melalui facebook, whatsapp  dan sebagainya.

1a

Nama: Adibah Auni binti Baim

Umur: 20 Tahun

Taraf Pendidikan: Diploma

Pekerjaan: Usahawan

Adibah merupakan graduan Diploma dari Politeknik Mukah. Beliau mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 2016 bagi menjana pendapatan sampingan. Selain menjalankan perniagaan secara online, beliau juga menjalankan perniagaan makanan dan minuman milik keluarganya di Pasar Malam Pekan Marudi dan Kantin Hospital Marudi.